Penubuhan PTPTN adalah cetusan idea dari Menteri Pendidikan ketika itu, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, selaras dengan Dasar Pendemokrasian Pendidikan di mana semua kaum diberi peluang sama rata untuk mendapat pinjaman atau pembiayaan bagi Pendidikan tinggi.

PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 dan telah menyewa ruang pejabat di Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana Off, Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur hingga tahun 2015
PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 dan telah menyewa ruang pejabat di Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana Off, Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur hingga tahun 2015.
Keputusan untuk pemberian pendahuluan kepada pelajar yang memasuki IPTA ini dibuat dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Jun 1999. Di peringkat awal pelaksanaan pada tahun 1999, kemudahan ini hanya terhad kepada pelajar Diploma dan Ijazah di IPTA sahaja dengan jumlah sebanyak RM1,000. Seiring dengan keperluan, WPP telah diperluaskan kepada pelajar Politeknik dan IPTS dengan jumlah dinaikkan kepada RM1,500.

Pada awalnya, tawaran pinjaman PTPTN dikenakan kos pentadbiran sebanyak empat (4) peratus berdasarkan baki pinjaman (prinsipal). Pada tahun 2003, kos pentadbiran telah diturunkan kepada tiga (3) peratus kecuali bagi peringkat pengajian Sarjana, Doktor Falsafah dan Kursus Profesional, kos pentadbiran dikenakan lima (5) peratus atas baki berkurangan. Mulai 1 Jun 2008, PTPTN membuat tawaran pinjaman berlandaskan prinsip Syariah iaitu ‘Ujrah’ (upah)
satu (1) peratus setahun atas kadar rata.
Pada awalnya, tawaran pinjaman PTPTN dikenakan kos pentadbiran sebanyak empat (4) peratus berdasarkan baki pinjaman
(prinsipal). Pada tahun 2003, kos pentadbiran telah diturunkan kepada tiga (3) peratus kecuali bagi peringkat pengajian Sarjana, Doktor Falsafah dan Kursus Profesional, kos pentadbiran dikenakan lima (5) peratus atas baki berkurangan. Mulai 1 Jun 2008, PTPTN membuat tawaran pinjaman berlandaskan prinsip Syariah iaitu ‘Ujrah’ (upah)
satu (1) peratus setahun atas kadar rata.
SSPN merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi yang telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Ogos 2004 oleh Tun Abdullah bin Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika itu di Putra World Trade Centre (PWTC).

Selaras dengan pengiktirafan produk patuh syariah oleh Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM), iaitu sebuah syarikat perunding perbankan Islam di bawah Bank Negara Malaysia (BNM), PTPTN telah mereka bentuk logo rasmi baharu yang dikenali. Mulai 1 Januari 2012, pelaksanaan semula syarat simpanan wajib di dalam SSPN-i bagi melayakkan pelajar memohon pembiayaan pendidikan PTPTN dilaksanakan.

Pada 8 Jun 2015, Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pendidikan pada ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan SSPN-i Plus sebagai sebuah produk baharu yang ditambah baik daripada SSPN-i sedia ada. Ia adalah skim simpanan patuh Syariah mengandungi ciri-ciri perlindungan takaful yang komprehensif. PTPTN turut menjalinkan kerjasama dengan syarikat pengendali takaful iaitu Hong Leong MSIG Takaful.

Pada tahun 2015, PTPTN telah mempunyai menara sendiri yang bertempat di Menara PTPTN, Blok D, Megan Avanue II, No. 12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.

Sepanjang 20 tahun penubuhan PTPTN, lebih 2.8 juta rakyat Malaysia telah mendapat manfaat dan dibantu meneruskan pengajian. Graduan yang lahir daripada pendidikan tinggi negara merupakan aset yang penting dan bernilai kepada negara.

myPTPTN dilancarkan sebagai cerminan manifestasi PTPTN dalam menjayakan agenda pendigitalan negara dan telah dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Sambutan ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih PTPTN kepada semua pihak yang telah bersama-sama berganding bahu demi melestarikan aspirasi kecemerlangan PTPTN.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN, kami telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik khusus untuk anda. Sertai aktiviti yang kami bawakan ini dan anda mungkin berpeluang untuk memenangi hadiah menarik yang kami tawarkan!
Logo tersebut dihasilkan melalui pertandingan Reka Cipta Logo Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN (1997 – 2022) yang diadakan pada 10 Januari 2022 hingga 3 Februari 2022 dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Pertandingan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutama penyertaan daripada pelajar-pelajar IPT.

Seiring ledakan teknologi dan dunia tanpa sempadan di samping penggunaan peranti yang semakin rancak, aplikasi mudah alih dikenali sebagai myPTPTN yang dilancarkan secara rasmi pada 29 Mac lalu memberi kemudahan teknologi digital secara menyeluruh kepada pelanggan PTPTN. Pelancaran aplikasi myPTPTN juga cerminan manifestasi PTPTN dalam menjayakan agenda pendigitalan negara dan adalah kemuncak sempena meraikan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN pada tahun ini.
Seiring ledakan teknologi dan dunia tanpa sempadan di samping penggunaan peranti yang semakin rancak, aplikasi mudah alih dikenali sebagai myPTPTN yang dilancarkan secara rasmi pada 29 Mac lalu memberi kemudahan teknologi digital secara menyeluruh kepada pelanggan PTPTN. Pelancaran mobile app PTPTN juga cerminan manifestasi PTPTN dalam menjayakan agenda pendigitalan negara dan adalah kemuncak sempena meraikan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN pada tahun ini.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekali lagi telah melancarkan kempen signature tahunan PTPTN iaitu Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun. Bagi tahun 2022, kempen ini dilaksanakan bersempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah hampir RM1 juta untuk dimenangi oleh 350 orang pemenang.

Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob ini diadakan bagi meraikan 25 tahun penubuhan PTPTN dan juga bagi menghargai para pelanggan serta rakan strategik PTPTN. Majlis ini telah diadakan pada 27 Julai 2022 bertempat di Pusat Pameran & Konvensyen MATRADE. Antara aturcara di dalam majlis adalah pelancaran Kelab Simpanan Pendidikan, pemberian penghargaan kepada rakan strategik PTPTN, serta anugerah bagi tokoh peminjam dan keluarga Malaysia.

Kemeriahan penganjuran program Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022 akan dirancakkan dan diteruskan lagi yang diadakan secara hybrid dimana pelaksanaan akan dibuat secara online dan offline. Majlis sambutan dan pelancaran Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022 peringkat Nasional akan berlangsung selama tiga hari bermula 30 September 2022 hingga 2 Oktober 2022 bertempat di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.

Larian sempena Jubli Perak 25 Tahun PTPTN adalah berkonsepkan “Fun Run” sejauh 5km yang akan dibuka kepada orang awam bertujuan bagi memberi manfaat seperti meningkatkan kecergasan, menjaga kesihatan sambil bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan. Di samping itu juga, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti zumba, fun games, food trucks dan banyak lagi.