1997

Idea Penubuhan PTPTN

Penubuhan PTPTN adalah cetusan idea dari Menteri Pendidikan ketika itu, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, selaras dengan Dasar Pendemokrasian Pendidikan di mana semua kaum diberi peluang sama rata untuk mendapat pinjaman atau pembiayaan bagi Pendidikan tinggi.

Lokasi Pentadbiran Pertama

PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 dan telah menyewa ruang pejabat di Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana Off, Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur hingga tahun 2015

1997

Lokasi Pentadbiran Pertama

PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 dan telah menyewa ruang pejabat di Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana Off, Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur hingga tahun 2015.

1999

Pengagihan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)

Keputusan untuk pemberian pendahuluan kepada pelajar yang memasuki IPTA ini dibuat dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Jun 1999. Di peringkat awal pelaksanaan pada tahun 1999, kemudahan ini hanya terhad kepada pelajar Diploma dan Ijazah di IPTA sahaja dengan jumlah sebanyak RM1,000. Seiring dengan keperluan, WPP telah diperluaskan kepada pelajar Politeknik dan IPTS dengan jumlah dinaikkan kepada RM1,500.

2003

Transformasi Kos Pentadbiran​

Pada awalnya, tawaran pinjaman PTPTN dikenakan kos pentadbiran sebanyak empat (4) peratus berdasarkan baki pinjaman (prinsipal). Pada tahun 2003, kos pentadbiran telah diturunkan kepada tiga (3) peratus kecuali bagi peringkat pengajian Sarjana, Doktor Falsafah dan Kursus Profesional, kos pentadbiran dikenakan lima (5) peratus atas baki berkurangan. Mulai 1 Jun 2008, PTPTN membuat tawaran pinjaman berlandaskan prinsip Syariah iaitu ‘Ujrah’ (upah)
satu (1) peratus setahun atas kadar rata.

2003

Transformasi Kos Pentadbiran​

Pada awalnya, tawaran pinjaman PTPTN dikenakan kos pentadbiran sebanyak empat (4) peratus berdasarkan baki pinjaman
(prinsipal). Pada tahun 2003, kos pentadbiran telah diturunkan kepada tiga (3) peratus kecuali bagi peringkat pengajian Sarjana, Doktor Falsafah dan Kursus Profesional, kos pentadbiran dikenakan lima (5) peratus atas baki berkurangan. Mulai 1 Jun 2008, PTPTN membuat tawaran pinjaman berlandaskan prinsip Syariah iaitu ‘Ujrah’ (upah)
satu (1) peratus setahun atas kadar rata.

2004

Skim Simpanan Pendidikan Nasional

SSPN merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi yang telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Ogos 2004 oleh Tun Abdullah bin Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika itu di Putra World Trade Centre (PWTC).

2012

SSPN-i

Selaras dengan pengiktirafan produk patuh syariah oleh Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM), iaitu sebuah syarikat perunding perbankan Islam di bawah Bank Negara Malaysia (BNM), PTPTN telah mereka bentuk logo rasmi baharu yang dikenali. Mulai 1 Januari 2012, pelaksanaan semula syarat simpanan wajib di dalam SSPN-i bagi melayakkan pelajar memohon pembiayaan pendidikan PTPTN dilaksanakan. 

2015

SSPN-i Plus

Pada 8 Jun 2015, Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pendidikan pada ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan SSPN-i Plus sebagai sebuah produk baharu yang ditambah baik daripada SSPN-i sedia ada. Ia adalah skim simpanan patuh Syariah mengandungi ciri-ciri perlindungan takaful yang komprehensif. PTPTN turut menjalinkan kerjasama dengan syarikat pengendali takaful iaitu Hong Leong MSIG Takaful.

Lokasi Pentadbiran Terkini

Pada tahun 2015, PTPTN telah mempunyai menara sendiri yang bertempat di Menara PTPTN, Blok D, Megan Avanue II, No. 12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.

2015

Lokasi Pentadbiran Terkini

Pada tahun 2015, PTPTN telah mempunyai menara sendiri yang bertempat di Menara PTPTN, Blok D, Megan Avanue II, No. 12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.

2017

20 Tahun PTPTN

Sepanjang 20 tahun penubuhan PTPTN, lebih 2.8 juta rakyat Malaysia telah mendapat manfaat dan dibantu meneruskan pengajian. Graduan yang lahir daripada pendidikan tinggi negara merupakan aset yang penting dan bernilai kepada negara.

2022

Aplikasi Mudah Alih myPTPTN

myPTPTN dilancarkan sebagai cerminan manifestasi PTPTN dalam menjayakan agenda pendigitalan negara dan telah dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

25 Tahun PTPTN Jubli Perak

Sambutan ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih PTPTN kepada semua pihak yang telah bersama-sama berganding bahu demi melestarikan aspirasi kecemerlangan PTPTN.

2022

25 Tahun PTPTN Jubli Perak

Sambutan ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih PTPTN kepada semua pihak yang telah bersama-sama berganding bahu demi melestarikan aspirasi kecemerlangan PTPTN.

Pengerusi

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Kosong

Puan Afidah Azwa binti Abdul Aziz

Timbalan Setiausaha Bahagian Sektor Komersial [TSPK(K)]
Mewakili Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kementerian Kewangan Malaysia

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak bin Jaafar

Ketua Setiausaha
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Encik Ramzi bin Mansor

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
Mewakili Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

YBhg. Datuk Mohd Nizom bin Sairi

Ketua Pegawai Eksekutif/ Ketua Pengarah
Hasil Dalam Negeri
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Kosong

Kosong

YBhg. Dato' Norasni binti Ayob

Ahli

Kosong

Kosong

YBrs. Encik Ahmad Dasuki bin Abdul Majid

Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
IPT & Kursus Berdaftar di PTPTN Sehingga tahun 2022, sebanyak 160 buah IPTA telah berdaftar dengan PTPTN dengan bilangan program pengajian sebanyak 11,298 kursus. Manakala bagi IPTS pula sebanyak 413 buah IPTS dengan bilangan program pengajian sebanyak 6,628 kursus.
3 Juta Peminjam Terima Pinjaman PTPTN telah berjaya membantu lebih 3.6 juta peminjam melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dengan jumlah pinjaman RM66.87 billion selaras dengan objektif PTPTN dengan membuka peluang masa depan yang lebih cemerlang menerusi manfaat dan nilai tambah yang diperoleh daripada pendidikan tinggi.
Pencapaian Bayaran Balik Seramai 2 juta pelajar telah membayar balik pinjaman mereka berjumlah RM17.83 billion.
Prestasi Simpan SSPN Jumlah pembukaan akaun Simpan SSPN Prime bermula dari 2004 sehingga kini adalah sebanyak 4.66 juta akaun dengan jumlah simpanan sebanyak RM11.44 bilion. Manakala bagi akaun Simpan SSPN Plus pula sebanyak 789,002 akaun telah dibuka sejak 2015 dengan jumlah simpanan sebanyak RM1.03 bilion
Perlindungan Takaful Skim pinjaman pendidikan PTPTN dilindungi oleh takaful berkelompok sekiranya berlaku kematian atau ilat kekal menyeluruh kepada peminjam. Di bawah konsep perlindungan takaful berkelompok, amaun pinjaman yang dikeluarkan oleh PTPTN kepada peminjam akan mendapat perlindungan sepenuhnya daripada syarikat pengendali takaful.
Pemberian Diskaun PTPTN Dan Geran Sepadan Simpan SSPN Prime Seramai 1.27 juta akaun peminjam telah menikmati insentif diskaun bayaran balik PTPTN sebanyak RM1.22 billion. Pemberian ini telah mula diberikan kepada peminjam pada tahun 2013 manakala Insentif Geran Sepadan melalui Simpan SSPN Prime pula telah dinikmati oleh 2,213 akaun Simpan SSPN berjumlah RM3.21 juta kepada pendeposit bagi penerima manfaat yang telah berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi
64 cawangan di seluruh Malaysia PTPTN meluaskan operasi dengan membuka cawangan pada tahun 2012 dan kini mempunyai sebanyak 64 cawangan di seluruh negara.
Penjenamaan PTPTN PTPTN menginjak ke usia 25 tahun penubuhannya menjelang tahun 2022. Penjenamaan adalah penting untuk memastikan imej dan 'personaliti jenama’ bagi setiap organisasi. Penjenamaan PTPTN dapat membina kepercayaan, kesetiaan dan komitmen pelanggan. PTPTN perlu menunaikan janji dengan satu mesej yang jelas, konsisten, profesional dan menarik kepada semua pihak berkepentingan. Usaha penjenamaan PTPTN sejak dari 2021 dapat menguatkan dan mengukuhkan lagi identiti PTPTN di mata masyarakat pada masa akan datang.
Dunia baharu pendigitalan menerusi aplikasi myPTPTN Pengenalan aplikasi myPTPTN selari dengan Teras Ke-5 Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 iaitu memperkasakan organisasi ke arah lebih dinamik dan cemerlang melalui pendigitalan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan tidak terjejas serta sentiasa pada tahap terbaik.

2017

Malaysian e-Payments Excellence Awards (MEEA)

Social Media Excellence Awards

2017

Malaysia e-Payments Excellence Awards

Social Media Excellence Awards

2018

Malaysian e-Payments Excellence Awards (MEEA)

Anugerah Ambank

2018

Malaysian e-Payments Excellence Awards (MEEA)

Anugerah Ambank

2019

2019

Malaysia PR Awards

Pensijilan MS:ISO 9001:2015

Social Media Excellence Awards

Anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma

Global Leadership Awards

2019

Malaysia PR Awards

Social Media Excellence Awards

Global Leadership Awards (GLA)

Pensijilan MS ISO 9001:2015

Anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma

2020

Malaysian e-Payments Excellence Awards (MEEA) 2020

Anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma

2020

Malaysian e-Payments Excellence Awards (MEEA)

Anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma

2021

Anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma

2021

Anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma

Bagi menyemarakkan lagi sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN, kami telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik khusus untuk anda. Sertai aktiviti yang kami bawakan ini dan anda mungkin berpeluang untuk memenangi hadiah menarik yang kami tawarkan!

Majlis Pelancaran Logo Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN

Logo tersebut dihasilkan melalui pertandingan Reka Cipta Logo Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN (1997 – 2022) yang diadakan pada 10 Januari 2022 hingga 3 Februari 2022 dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Pertandingan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutama penyertaan daripada pelajar-pelajar IPT.

Majlis Pelancaran Aplikasi myPTPTN

Seiring ledakan teknologi dan dunia tanpa sempadan di samping penggunaan peranti yang semakin rancak, aplikasi mudah alih dikenali sebagai myPTPTN yang dilancarkan secara rasmi pada 29 Mac lalu memberi kemudahan teknologi digital secara menyeluruh kepada pelanggan PTPTN. Pelancaran aplikasi myPTPTN juga cerminan manifestasi PTPTN dalam menjayakan agenda pendigitalan negara dan adalah kemuncak sempena meraikan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN pada tahun ini.

Majlis Pelancaran Mobile Apps myPTPTN

Seiring ledakan teknologi dan dunia tanpa sempadan di samping penggunaan peranti yang semakin rancak, aplikasi mudah alih dikenali sebagai myPTPTN yang dilancarkan secara rasmi pada 29 Mac lalu memberi kemudahan teknologi digital secara menyeluruh kepada pelanggan PTPTN. Pelancaran mobile app PTPTN juga cerminan manifestasi PTPTN dalam menjayakan agenda pendigitalan negara dan adalah kemuncak sempena meraikan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN pada tahun ini.

Majlis Pelancaran Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekali lagi telah melancarkan kempen signature tahunan PTPTN iaitu Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun. Bagi tahun 2022, kempen ini dilaksanakan bersempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah hampir RM1 juta untuk dimenangi oleh 350 orang pemenang.

Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN

Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob ini diadakan bagi meraikan 25 tahun penubuhan PTPTN dan juga bagi menghargai para pelanggan serta rakan strategik PTPTN. Majlis ini telah diadakan pada 27 Julai 2022 bertempat di Pusat Pameran & Konvensyen MATRADE. Antara aturcara di dalam majlis adalah pelancaran Kelab Simpanan Pendidikan, pemberian penghargaan kepada rakan strategik PTPTN, serta anugerah bagi tokoh peminjam dan keluarga Malaysia.

Majlis Pelancaran Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022

Kemeriahan penganjuran program Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022 akan dirancakkan dan diteruskan lagi yang diadakan secara hybrid dimana pelaksanaan akan dibuat secara online dan offline. Majlis sambutan dan pelancaran Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022 peringkat Nasional akan berlangsung selama tiga hari bermula 30 September 2022 hingga 2 Oktober 2022 bertempat di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.

Majlis Pelancaran & Penutup BMS 25 Tahun PTPTN

Kemeriahan penganjuran program Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022 akan dirancakkan dan diteruskan lagi yang diadakan secara hybrid dimana pelaksanaan akan dibuat secara online dan offline. Majlis sambutan dan pelancaran Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022 peringkat Nasional akan berlangsung selama tiga hari bermula 30 September 2022 hingga 2 Oktober 2022 bertempat di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.

Larian Jubli Perak 25 Tahun PTPTN

Kategori 1: Kanak-kanak (5 tahun - 12 tahun)
Kategori 2: Dewasa (13 tahun dan ke atas)

Larian sempena Jubli Perak 25 Tahun PTPTN adalah berkonsepkan “Fun Run” sejauh 5km yang akan dibuka kepada orang awam bertujuan bagi memberi manfaat seperti meningkatkan kecergasan, menjaga kesihatan sambil bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan. Di samping itu juga, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti zumba, fun games, food trucks dan banyak lagi.

Hak Cipta Terpelihara © 2022 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Hak Cipta Terpelihara © 2022 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional